Pages
Nilai murni yang terdapat dalam novel "Dalam Sujud Cinta"
Nilai
kasih sayang yang terdapat dalam novel ini jelas tergambar melalui watak
Tiara.Tiara sangat menyayangi suaminya Aldi.Bukti kasih sayangnya pada Aldi
ialah dia tidak merelakan suaminya untuk berkahwin lain .Selain itu Tiara tidak
menerima lamaran Adit yang ingin menjadikannya sebagai isteri.Dia menerima
suaminya seadanya walaupun hakikatnya suaminya mandul dan tidak memberikan
kebahagian kepadanya seperti yang diimpikan .
Nilai
kesabaran
Nilai
kesabaran jelas tergambar pada watak Tiara.Tiara sabar dengan kerenah ibu Aldi
yang memintanya untuk mengizinkan suaminya berkahwin baru dengan calon pilihan
keluarga iaitu Sawitri.Dia juga sabar dengan cacian orang di sekelilingnya yang
menganggap dia sebagai wanita yang tidak bermaruah apabila mereka melihatnya
sering keluar bersama dengan Adit.
Nilai
kejujuran
Nilai
kejujuran jelas tergambar pada watak Kirana .Dia jujur bersahabat dengan Tiara
dan berterus terang menyatakan pendapatnya berkaitan dengan perhubungan Tiara
dan Adit yang dirasakan tidak elok pada pandangan masyarakat dan boleh
menimbulkan fitnah.Dia juga menasihati Tiara agar sedar akan statusnya sebagai
isteri orang..
Nilai
bertanggungjawab
Nilai
bertanggungjawab dipaparkan melalui watak Aldi .Sewaktu Tiara berada di hotel, Aldi
menelefon Tiara dan bertanyakan keadaan dirinya dan bercadang untuk
mengambilnya di hotel.Dia juga menjaga Tiara sewaktu Tiara sakit di hospital .Aldi
mengangkat Tiara yang pengsan di kampus.
Nilai
kerajinan
Nilai
kerajinan jelas tergambar pada Adit dan Tiara.Mereka bekerjasama dan
menunjukkan kerajinan masing-masing dalam bidang bahasa.
Nilai
rasional
Nilai
rasional jelas tergambar pada watak Tiara .Menyedari hakikat bahawa hubungannya
dengan suaminya semakin renggang,dia membuat keputusan untuk ke hotel tempat
mereka pernah berbulan madu suatu ketika dahulu untuk mencari ketenangan dan
memikirkan jalan penyelesaiaan untuk menyelesaikan masalah mereka.
NILAI-NILAI MURNI NOVEL OPERASI 3K
KARYA : SARIDAH HAMID REJA
Novel yang telah saya kaji iaitu novel Operasi 3K yang memaparkan beberapa nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan. Antaranya ialah menjaga kebersihan, dalam novel ini menunjukkan bahawa kebersihan amat penting untuk menghindari daripada penyakit berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan melalui serangga yang dikenali sebagai nyamuk Aedes. Kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman, merupakan moto utama dalam novel ini. Guru-guru di sekolah Aisyah Sofia menceritakan tentang kebaikan menjaga kebersihan dan keburukan jika kebersihan tidak dijaga dengan baik . Tambahan pula salah seorang murid kelas Aisyah telah demam dan dimasukkan ke hospital. Keluarga Aisyah juga sibuk membersihkan sekitar rumahnya pada hujung minggu dan berusaha menguruskan tanah terbiar daripada terus dibiarkan tanpa apa-apa hasil.
Selain itu nilai kerjasama, contoh sifat kerjasama dalam novel itu ditunjukkan melalui situasi kawan-kawan Aisyah bekerjasama memberi cadangan untuk menjalankan projek tanah terbiar atas permintaan ayah Aisyah. Mereka juga bersama-sama telah berkebun menanam sayur dan menternak ayam tanpa mengharapkan pembalasan. Akhirnya, usaha mereka membuahkan hasil yang sangat banyak dan telah disumbangkan kepada orang ramai.
Seterusnya, kasih sayang juga merupakan nilai yang ditunjukkan menerusi keluarga dan juga kawan-kawan Aisyah Sofia yang amat sayang dan prihatin akan keadaannya. Keluarga Aisyah selalu hidup dalam keadaan berkasih sayang ini dapat dilihat ketika Aisyah sakit, keluarganya sangat prihatin dan tidak pernah leka menjaganya. Ibu dan kakaknya sentiasa mengawasi keadaannya dan tidak meninggalkannya seorang diri dalam keadaan tidak mampu bangun tanpa bantuan orang lain. Selanjutnya, kawan-kawan Aisyah juga selalu bertanya khabar tentang dirinya dan amat terkejut apabila mengetahui Aisyah jatuh sakit secara tiba-tiba. Mereka selalu berkunjung ke rumah Aisyah bagi mengetahui perkembangan kesihatannya dan sangat gembira apabila dia dapat kembali ke sekolah seperti biasa dalam keadaan sihat.
Selanjutnya, pemurah merupakan nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap individu. Dalam novel ini pemurah dapat dilihat contohnya, Ali datang membawa buah jambu dari rumahnya
untuk diberikan kepada Aisyah Sofia yang amat menyukainya. Selain itu, Amirah yang meupakan kawan baik Aisyah juga datang ke rumahnya
untuk memberikan kuih lepat pisang daripada emaknya. Ibu bapa Aisyah juga sering kali mengajak
kawan-kawannya makan di rumah mereka. Penduduk kampung Badak Berendam juga sangat
pemurah dengan memberi sumbangan ikhlas kepada nenek Miah yang dilanda kesusahan dan memerlukan bantuan sedemekian.
Akhir sekali, pada masa kini sikap hormat menghormati kepada sesama manusia tidak kira sama ada tua atau muda semakin kurang diamalkan. Namun demikian, dalam novel ini nilai hormat menghormati lebih terserlah dan diamalkan. Hal ini dapat dilihat apabila Aisyah dan kakaknya amat menghormati ibu bapa mereka sebagai contoh mereka tidak pernah membantah kata-kata ayahnya semasa disuruh untuk membersihkan kawasan sekitar rumah pada awal pagi yang sejuk sedangkan kebiasaanya itu merupakan waktu tidur pada hujung minggu. Seterusnya, Aisyah dan rakan-rakannya juga amat menghormati nenek Miah sebagai orang tua dengan cara berkomunikasi dan beramah mesra. Aisyah dan rakan-rakannya juga tidak mengambil buah rambutan yang masak ranum dan kelihatan tidak berpunya itu tanpa mendapatkan kebenaran tuan empunya dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
Blog Archive
Blog Subscription
Search this blog
Blogger templates
Popular Posts
-
KARYA : SARIDAH HAMID REJA Novel yang telah saya kaji iaitu novel Operasi 3K yang memaparkan beberapa nilai-nilai murni yang b...
-
Nilai kasih sayang Nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel ini jelas tergambar melalui watak Tiara.Tiara sangat menyayangi su...
Powered by Blogger.